Blogger Template by Blogcrowds

WOW



December, 08, 2008

Alhamdulillah, dapat juga aku tidur nyeyak semalaman. Sejak seminggu yang lau, aku mengalami kesukaran membuang kahak. Nak kata demam tak juga, tapi batuk dan selesema ini sering mengganggu aku! Mujur semalam aku berpeluang untuk pergi ke klinik panel selepas tamat waktu bertugas.

Selepas aku mengambil dos yang dibenarkan, aku leka membuat photo shooting untuk model-model aksi permainan animasi WarCraft atau Dota.
Hampir berselerak bilik utama milik abangku. Tak mengapa. Aku juga tertidur kepenatan. Tersedar pun, apabila nyamuk menggigit badan di sekitar jam 3 pagi.

Lewat jam 11 pagi, aku bangkit dari tidur. Selalunya kalau aku tak bekerja shift 3 p.m – 11 p.m, aku lebih gemar bersiram di dalam bilik mandi serta jam berikutnya aku akan memasak di dapur. Memang rutin aku begitu. Memandangkan aku seorang yang punya kemahiran memasak, wajiblah abang aku goyang kaki di rumah. Maknanya, aku hanya memasak bila abang aku berada di rumah.

Selepas selesai solat jumaat, aku lena di hadapan t.v. Setelah hampir maghrib baru aku tersedar. Sebelum menjelang isyak, banyak aktiviti mengubah suai gambar dalam komputer riba yang kulakukan. Aku juga membuat sedikit ulangkaji bersama-sama buku ’principles of cooking’. Itu bertujuan untuk mencari idea-idea untuk hidangan pagi di hotel tempat aku bekerja! Sebentar lagi, aku akan bersiap untuk bekerja. Itulah rutin aku bila menjelang shift malam.

0 Komen Anda ? ™:

Newer Post Older Post Home