Blogger Template by Blogcrowds

Hi there..

So, have u been asking urself what do you feel when u get lazy to start your job/task to be done later? I've at once. Last night when i get bored to start my work to done. Ohh

Luckily, i have partner who can cover my duty. Apa lagi, amik advantage la... Thanks to Wady sebab give n take ngan aku. Heheh. Next time ko rest lah puas-puas time aku tengah kerja. No problem.

It's so tiring day, -Sunday. I couldn't even sleep in the morning. As a consequences, i felt so...tired at night. On my previous nite, i have to work all alone. I am supposed to be helped by other guys. Bob. However, this guy is on m.c! It's a last minute m.c. Ahh, malas lah tu.

Eh, talking about entry... I've found out that i had a long long way introduction. Too much story. Erkh, it's jerking me by the way!

Since this time ( after 11 month stay away from internet access ), i have connect the internet lately. There too many friends asking me a lot of question! Ahhh, parah nak melayan. My intention nak access ari ni sebab nak update entri and get back to home quickly! However, dah tersasar jauh melayan chat kat Y.M. I am tired already! Should have some rest. Furthermore, i ingat nak teruskan research untuk program hiking pun x sempat.

Waaaa... co-incidently telling you about hiking... "YAY! it will be a great2 experience i'll ever have soon". Felt something inside of me~ A strong spirit to asked myself to go for outdoors activities! Go Baby! Go! (almost like that la...)

Yesterday also just like what i felt! Once i enter and sit at Mamak Hijaz for having Roti Canai as a breakfast, I saw a group of men. They were assembles their bike. For me, that's kind a kewl sport too!

Can't tell you more. I am too sleepy now~ see ya in the next post!

Selamat berhari minggu buat pengunjung – pengunjung blog dari seluruh Malaysia. Sudah tiga hari berlalu hanya kerana memikirkan isi kandungan pakah yang sesuai untuk di jadikan santapan minda anda. OK! OK!

Mari mulakan dari sini :-

Tahun 2003, Zaman aku belajar kat UiTM Seri Iskandar Perak, Aku dah mula terdedah dengan dunia blogger ni. Benda – benda ni sumernya di usulkan oleh kawan sekuliah sendiri! Memula dulu memang buat blog guna BlogSpot.com ni juga. Tapi, itu masa guna akaun email lain (sekarang passwordnya dah lupa). Masa itu juga, aku start mengikuti blogger yang bernama ’TUKANG TAIP’. Nama BESAR tu! Sekarang beliau dah glemer! Hasil penulisannya macam seorang sasterawan. Wahhh! Beliau dapat gak liputan meluas kerana buah fikirannya serta isi kandungan blog yang di kendalikan! Pernah gak aku lepak – lepak sambil beriadah masa itu dengan rakan – rakan beliau. HAZMAN memang satu nama besar dalam industri kejuruteraan tanah air. Tahniah untuk beliau kerana membuktikan ANAK MELAYU BERDAYA SAING TINGGI DAN SEKALIGUS MENCIPTA NAMA SEPERTI BILL GATES!! Wah... bangga jadi anak malaysia!

Zaman awal aku kendalikan blog dan entri dahulu, aku memang agak sengal dan bengong – bengong lagi dalam memikirkan apa isi entri terbaru. Semua yang aku taip jadi merapu, tak de hala tuju. Akibatnya, tak lah ramai yang minat style penulisan aku ni. *Macamana nak minat...aku ni taip pakai papan kekunci. Korang tak nampak hand-writing aku yang cantik dan lebih cantik dari huruf-huruf yang tertera kat screen nih*
Blog aku tak bertahan lama. Sebabnya, aku ’dismiss’ course yang aku amek dulu kat uitm! Bila aku dah ‘dismiss’, sah-sah lah aku tak leh dan tak de tempat nak pergi berinternet. Bila dah berenti belajar, macam – macam alasan yang aku bagi kat orang tua aku… aku tak minat lah. Aku tak rela di buli lah. Sumernya reason tak masuk di akal. Pada hakikatnya, aku memang TAK PANDAI BAHAGIKAN MASA dan serta MENGUTAMAKAN PERKARA-PERKARA YANG PATUT DIUTAMAKAN. Kebanyakan masa Kuliah aku kat sana, mesti aku nak m.c. M.c sebab apa? Sebab mengantuk malam tadi dan assignment yang lecturer bagi tak siap-siap lagi. Pernah sekali tu, aku ni punya lah syok sangat bermain internet... 3, 4 pagi baru nak tarik selimut. Mock-up(model assignment) aku tak de langsung. Dah nak siap-siap pergi kuliah, baru nak perasan? Teruk betul aku time tu. Habis tu nak buat apa lagi? Pergi kuliah bawak telur je laaaa… iskh malunya aku! Kalau lah aku bleh pergi balik ke masa lepas, nak aje aku g kat diri aku yang sedang layan internet tu sambil hempuk papan keyboard tu kat muka aku berkali kali. SEDARLAH! SEDARLAH! BODOH! ASIK NAK BUANG MASA AJE! Tapi, itu semua di luar kemampuan aku kan? Benda dah berlalu. Orang kata, nasik dah jadik bubur. Namun, itu kata pepatah… kalau ikut kata-kata orang kat Kg. Baru kat sebelah KLCC tu… kalau nak makan nasik bubur, dtg lah ke kg baru! Sana ada gerai-gerai jual bubur berlauk! SODAPP~ Huh.
Blog tu berkubur gitu aja. Lepas dismiss, 2004, aku sambung belajar lagi. start dari bawah lah konon-kononnya, this time, I made it! Aku dapatlah ‘ticket’ utk abroad study lagi. heheh. Tahun 2005, Aku masih memilih UiTM sebagai platform utk aku berjaya. Tapi, kali ni dalam bidang yang aku minati. FOOD SERVICES! Aku memang suka belajar kat UiTM Dungun. Walau macamana pun, semasa aku nak masuk ke semester ke tiga…, aku betul2 kehabisan wang utuk teruskan pengajian. Setahun lebih aku kat sana, pengajian aku tanggung sendiri-sendiri sebab orang tua aku tak mo amek port dah. Mereka lebih galakkan aku bekerja makan gaji dengan kerajaan. Banyak faedah katanya. Aku ni keras kepala sikit… Konon2nya nak buktikan kat mereka-mereka tu termasuklah sepupu sepapat yang suka tengok aku berada di bawah, maka aku inform orang tua aku… “Saya nak bercuti khas kerana nak bekerja untuk kumpul sedikit wang bg meneruskan pengajian. Dia orang suh aku kerja terus...watpe nak bazir2 masa?” hati sapa tak terguris kalo orang yang kita sayang akan cakap begitu? Mungkin mereka nak bagi kata-kata peransang kat aku, sebab tu dia orang bg tau aku camtu. Anyway, aku memang dah teransang pon. Sebab tu aku berusaha untuk buat kerja sambilan masa aku cuti satu semester tu!
Aku silap percaturan, aku ingat boleh lah dapat kerja. Beberapa bulan semester terakhir tu aku JOBLESS! Duk kat rumah bagi mak tiri aku sakit hati adalah. Bosan kan kalau hidup begitu? Lastly, aku lepaskan peluang belajar dalam bidang tu. Sayang!
4 bulan di hantar training di Langkawi. Bertapa kat bistro roti terkemuka di langkawi dan sekarang di KL(pavillion). Balik ke KL, aku sekali lagi dah kendalikan blog baru. Namanya agak menjengkel kan! MuraiHitam. Pelik. Pelik. Pelik. Bila aku kendalikan blog baru lagi, maka terganggulah prestasi kerja aku! Dan sekali lagi, aku terjerumus ke lembah ‚tiada pekerjaan. BOSAN! BOSAN! BOSAN! Sebab tak de kerja!
Finally, aku tekad untuk terus melangkah walaupun payah, aku cuba dapatkan kerja dalam bidang yang aku minat. FOOD SERVICES! And, i did it again!
2008, Dah setahun aku kerja kat sini. KLIA. Dah nak dapat bonus pun... Dan dari sini lah aku nak kongsi pengalaman aku dengan kamu-kamu semua yang ada di antara 40'000 bloggers seluruh tanah air! Kerana perjalanan hidup kita semua tak sama. Ada yang merangkak. Ada yang berlari 4x4! Ada yang kena berenang! Aku je yang masih bertatih macam dak kecik...“Mak, nak nenen“. Heheh.
Sama ada korang suka atau tidak, terpulang. Semua individu punya citarasa dan pendapat dan pendapatan masing-masing! Ahak~……….

Newer Posts Home